Targus Rai 35 Tahun Perintis Inovasi Harian Bagi Tenaga Kerja Kian Berubah Untuk Kekal Memberi Pencapaian Terbaik Setiap Masa Dan Di Mana Juga

Targus Rai 35 Tahun Perintis Inovasi Harian Bagi Tenaga Kerja Kian Berubah Untuk Kekal Memberi Pencapaian Terbaik Setiap Masa Dan Di Mana Juga

BEIJING, CHINA - Media OutReach - 16 November 2018 - Targus, peneraju dalam aksesori komputer mudah alih, julung kalinya menganjurkan Persidangan APAC Media dan Disty di The City Society of World Finance Centre di Beijing pada 15 November, bagi meraikan 35 tahun sejarahnya yang kukuh dan berjaya.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1983 dengan warisan yang berasaskan kehidupan serba pantas golongan professional, Targus telah ditubuhkan sebagai pelopor dalam industri dan berterusan dalam menyediakan penyelesaian terkini, berkualiti, perangsang produktiviti melalui beg-beg, aksesori teknologi dan perkakasan komputer.

"Sebagai perintis dalam kategori aksesori mudah alih, kami telah berjaya menyumbang dalam mempertingkatkan kehidupan seharian pengguna kami, menerusi penyelesaian yang inovatif dan terkini bagi bisnes korporat, pelancongan, dan gaya hidup. Hari ini, kami bangga untuk mengumumkan detik bersejarah - ulang tahun ke-35 dan koleksi 2019 terbaru kami, terutamanya penyelesaian dok untuk memenuhi trend pejabat mudah alih dan konsep meja panas,"kata Edith Ka, Pengarah Pemasaran, Benua Asia, Targus.

Di persidangan itu, koleksi baharu Targus 2019 turut diumumkan dengan pertunjukan silap mata kreatif dan pertunjukan fesyen istimewa. Pertunjukan silap mata antarabangsa yang menarik telah dipersembahkan oleh ahli silap mata terkenal negara Cina, LEWIS, petah menceritakan inovasi Targus yang dicapai selama beberapa dekad yang membolehkan dan memperkasakan tenaga kerja yang kian berubah untuk sentiasa memberi pencapaian terbaik.

Menerusi babak-babak silap mata, inovasi penyelesaian Targus dengan teori-teori mendalam untuk mempertingkatkan kehidupan seharian telah digambarkan dengan baik -- memaparkan detik bersama Targus dalam mempermudahkan segala perkara tidak ubah seperti silap mata. Sebagai contoh, sebuah stesen pejabat di atas pentas tiba-tiba lenyap seperti mana Targus "Hot Docks" menyelamatkan ruang pejabat dengan cekap. Sementara kad silap mata dikawal oleh ahli silap mata LEWIS seperti Targus "Remote-control Presenter" dan cerita yang tidak dapat dilihat hanya boleh dibaca olehnya seperti Targus "Privacy Screen".

Selepas persembahan silap mata, koleksi Targus 2019 telah dipersembahkan di landasan khas. Menariknya, model-model yang membawa beg galas Targus menggayakan setiap produk dengan cara tersendiri dan bukannya di seperti pertunjukan fesyen lazim atas pentas-T. Koleksi utama yang dipersembahkan termasuk "Groove X generation 2 - Max dan Compact","CityLite Pro", "Newport generation 2 - convertible", dan "Work and Play""New iPad case" yang merupakan salah satu produk kegemaran ramai. Pada masa yang sama, "Targus USB-C™ Universal Docking Station HD Docking (DOCK520USZ)"  yang memenangi Anugerah Inovasi CES® 2019 dan "Targus DOCK190", jenis USB Type-C 3.1 Gen 1 (USB Super Speed ) Universal Docking Station (UDS) turut dilancarkan. Pakaian model-model telah ditaja oleh 33 XUANPRIVE - jenama fesyen mewah dan terkenal Hangzhou yang menyediakan perkhidmatan pakaian buatan sendiri khas bagi lelaki dan wanita kelas perniagaan atasan serta selebriti Asia yang terkemuka seperti Chi-ling Lin, dan XuKi.

"Koleksi Targus 2019 dihasilkan dengan gabungan reka bentuk kreatif, teknologi canggih, bahan-bahan berkualiti, teori ergonomik, dan fungsi-fungsi yang telah dipatenkan. Apa yang lebih mengagumkan tentang koleksi baharu kami ialah sebahagian daripada koleksi ini mempunyai fungsi-fungsi unik seperti reka bentuk anti-kehadapan dan perlindungan tali yang membolehkan pengukuhan perlindungan komputer riba anda, sama dengan teori teknologi udara yang direka untuk kasut larian bagi melindungi kaki. Kami berharap koleksi 2019 ini akan meningkatkan lagi pergerakan serba pesat golongan profesional masa kini. Komited untuk menyokong para pengguna bagi melakukan yang terbaik, kami akan terus berusaha dalam inovasi kami untuk membebaskan pengguna menggunakan peranti mudah alih mereka di mana-mana dan dalam semua persekitaran," tambah Edith Ka.

Satu lagi acara kemuncak adalah lawatan mengejut oleh selebriti Asia terkenal - Daniel Chan (陳曉東) yang memberi sokongan terhadap Targus sebagai salah seorang pengguna setia produk Targus. Ketua Pegawai Eksekutif - Mikel William juga teruja untuk mempersembahkan hadiah istimewa serta mengalu-alukan kedatangan beliau bersama semua tetamu.

Koleksi 2019 Targus turut dipamerkan serentak dalam tiga ruang tema yang berbeza -- perniagaan, perlancongan, serta fesyen dan gaya hidup untuk menekankan kesesuaiannya kepada para penonton dan kesan dalam kehidupan seharian mereka. Di samping itu, sesi pra-beli dengan diskaun istimewa dianjurkan sebagai aktiviti penutup majlis ini.

Tentang Targus
Sejak penciptaan beg komputer riba pertama lebih dari 30 tahun yang lalu, Targus telah menjadi peneraju dalam kategori aksesori pengkomputeran mudah alih untuk perniagaan dan para pengguna. Hari ini, Targus terus memajukan kategori ini dengan inovatif, penyelesaian perangsang-produktiviti yang membolehkan tenaga kerja yang sentiasa berubah-ubah untuk melakukan yang terbaik - bila-bila masa dan di mana sahaja.

Pelbagai produk Targus - beg, beg sarung, stesen dok, dan perkakasan komputer - yang direka dengan teknologi terkemuka, teknologi yang telah dipatenkan yang memberikan perlindungan dan perhubungan penting untuk dunia sekarang ini. Rakan kongsi perniagaan SMB yang dipercayai dan perniagaan seluruh dunia Fortune 1000. Ibu pejabat Targus terletak di Anaheim, California, dengan lebih dari 45 buah pejabat di seluruh dunia dan pengedaran di lebih dari 100 buah negara. Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati targus.com.

Berita Lainnya

Index